BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 29, 2010

Pancake and custard caramel!



custard caramel



pancake with ice-cream and choclate

Salamualaik..di mulakan dengan bismillah...hehe(lagu nasyid)
Biasalah bila ari takde class panjanglah akalnya..arini pagi tadi terbaca blog k.irma wat pancake..terus rasa nak makan pancake..huhu..ttiba tgk susu cair terigt kak inarah nak makan caramel..jadi lah pancake and caramel..k.afrah yang tolong buat projek arini dgn jayanya walaupun karamel x brape cantik( sbb xde wisk) tapi pancake alhamdulillah jadi elok..ni resipi zaman2 sekolah dlu yg dah di ubah mengikut citarasa saya..hehe

Custard caramel

Ingredients:

4/5 biji telur
1tin susu cair
gula secukup rasa
esen vanila

Step by step:

-goreng gula sampai perang di dalam loyang
-sejukkan dan ketepikan
-masukkan semua bahan ke dalam blender
-curah adunan telur ke ats gula goreng
-kukus hingga masak

Pancake

Ingredients:

2 cwn tpung gandum
1 sudu bsar baking powder
2 cubit garam
31/2 sudu besar gula
1 kotak kecil susu full cream/susu cair/sesuka ati ape2 susu
1 sudu nestum(jika suka)
3 sudu minyak/butter cair/planta
esen vanila
2biji telur

Step by step:

-masukkan sume bahan dalam blender
-blend hingga sebati
-sedia utk di goreng ats kuali leper
-hidang dengan aiskrim,choclat,buah2han atau ape2 filling/topping kesukaan..

~selamat mencuba~

Moga resepi ni bermanfaat utk semua...

See you soon~

rindu tah! ni pancake utk tah~hehe<3<3<3

Setelah sekian lama...


Paprik kuning

Ikan bakar

Salamualaik!
syukur ke hadrat Allah kerana masih bagi peluang utk terus bernafas dan mengharungi samudra kehidupan di bumi Allah ni..setelah sekian lama berdiam dek kerana kesibukan kelas dan komitmen2 lain yg lebih aula..maka tak sempat lah nk mencoret ape2..minggu ni jarang masak..tapi ade lagi dua resepi yang belum sempat di post..hope this recipe will satisfy all the followers and my lovely friends!

Paprik kuning ni nama yg saya bagi sendiri..ceritanya masa on da way ke Ipoh bersama family k.long..a.syed(abg iparku) and his family members mostly ordered paprik..so i just followed them by othering paprik too..bila sampai je..tgk2 nasi goreng paprik kami warna kuning..at dat particular time mmg nampak pelik..tp di sbbkan sume lapar..jadi makan je la..tapi sedap la plak..

ikan bakar ni plak memang bahan perap kalau buat BBQ kat umah..tak kira la ape yg nak di bakar ni la rempah yang akan saya gunakan..harap2 bermanfaat buat sume..

Let's try these!

Paprik kuning

Ingredients:

sotong,udang (boleh je nak guna ayan n daging tapi don't forget utk pisahkan laut and darat)
sayur(saya guna carrot,kacang panjang,bunga kubis,)
cili
bawang putih dan besar di potong
garam
kunyit
gula
air asam jawa
sos tiram

Step by step:

-mula2,tumis bawang dan cili
-masukkan lauk pauk dan bahan2 lain
-masuk sayur
-sesuaikan rasa
-sedia utk di hidang!mudah kan!

Ikan bakar

Ingredients:

ikan/ayam/sotong
bawang putih dan merah
cili api
belacan
serai
kunyit
cili boh
halia
asam jawa
garam
gula

Step by step:

-tumis sume bahan dan sesuaikan rasa
-sapu pada ikan
-bakar(boleh balut dalam aluminium foil/daun pisang)
-nak wangi boleh letak daun kunyit atau limau purut dalam balutan
-boleh dihidang bersama air asam atau sos kropok lekor!

Semoga post yg sedikit ni boloh di kongsi dengan sahabat2 sekalian..

Nota:cream puff ade recipe tapi orang x bley buat kat sini cos xde oven..i'Allah sempat orang pos k..syg awak! <3<3<3

Thursday, June 24, 2010

Ikan bakar resepi turun temurun warisan zaman berzaman..hehe =)

Mee yg famous kat Lumut!






Salamualaik..
Syukur sgt kat Allah sbb bagi peluang utk kita terus bernafas di muka bumi ini,moga kita terus bersyukur dengan nikmatNya..amen~
semalam memang xde smangat nak post...tapi kena mujahadah gak utk tulis ni..kalo x nati terbengkalai dan susah nak start balik..huhu..

Semalam buat mee sanggul yg sempoi..tatau nak cakap mee ape..tapi k.mar kakak iparku selalu buat mee ni..
Let's try this!

Ingredients:
1 paket mee sanggul/mi lidi/spagetti(bley kot)hehe-di celur

Kuah:

2ulas bawang putih
1 labu bawang besar/3ulas bawang merah
2 ekor ikan kembung di potong kecil
air dan garam
serai dititik jika suka

Step by step:

Tumis bawang sampai garing.masukkan air dan birkan hingga mendidih.masukkan ikan dan sesuaikan rasa.

Sambal:

bawang merah dan putih
cili giling
asam jawa
belacan
garam
gula melaka
gula
udang segar
kacang panjang dipotong halus

Step by step:

Tumis bawang sampai naik bau..masukkan cili giling and kacau sampai naik bau..masukkan lain2 bahan kecuali udang dan kacang.masukkan udang dan tunggu sampai masak.tambahkan kacang..sedia utk di hidang bersama kuah dan mee..

Selamat beramal dan renung2kan!hehe

masak ni buat je ikot suke i'Allah jd....yg penting confident campak2 pun ok je..dont have much worry to try! ayat ape ntah..masaking is fun and enjoy!huhu..

See u soon with Allah's will..
May Allah bless us All..
doakan aku lebih baik dari semalam..amen~

Wednesday, June 23, 2010

Fried instant noodles!



Actually ni bukan menu kat rumah harini..tapi nak memenuhi permintaan seorang sahibah yg kusayangi kerana Allah <3<3<3

Fried instant noodles

Ingredients:

1paket mee segera(celur dan sejat)-jgn guna brand maggie boikot!
lauk(udang,sotong,ayam-lkut kegemaran tp jangan campur lauk dan darat)
3 tangkai cili api di ketuk
bawang merah dan putih
1 sudu serbuk kari ikan/ayam
1 biji telur(kalo guna ayam)
sayur ikut suka
garam,kicap dan bahan perisa ikut suka.

Step by step:
-tumis bawang and cili
-masukkan lauk
-masukkan serbuk kari
-masukkan mee segera
-kacau rata
-masukkan lain2 bahan
-sesuaikan rasa
sedia utk di hidang

~selamat mencuba~

Note: short post sbb ade limited time je..huhu

Tuesday, June 22, 2010

Classes

Bila start class masak pun kurang la sket..huhu..but i'll try my best to post as much as i can..cuma bila weekdays masaknya sempoi2 la..this happen because balik class perot lapor n nak kena masak kalut2..huhu..minggu ni kamera yg best orang pinjam..tinggal yg biasa je..tp i'll try my best to post the best! hehe..

Da tgk website a.k.a student portal..really worry about it..my result!!huhu..last semester i have 4 subjects without lecturers after midterm break because she has seriously morning sickness until lastly she resigned from teaching ..Ya Allah plis help me! =)May Allah bless us all..

~see you soon~

note: k.safiyah,i'll try to post instant fried noodles recipe by tonight!

Sunday, June 20, 2010

Demi Matahari - lagu yg best!



Lagu ni adalah sebahagian dari surah As- syams.. Semalam k.cah baru je tadabur surah as-syams..Maha besar and maha hebat ciptaan Allah! Subahanallah..Kalaulah ada lebih dari satu tuhan, pasti tidak wujud ciptaan yang maha hebat ni! mesti brlaku pertelingkahan antara mereka..Inilah bukti kekuasaan Allah,Allah yg satu tiada yang lain melainkanNya!

Email dari Pak Cik Ibrahim buat perkongsian bersama=)

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kejayaan anak-anak sering dihubungkan dengan universiti mana yang dapat dimasuki oleh seseorang anak. Sekiranya mengambil bidang seperti doktor, aketik dan jurutera lagi berbangga kedua ibu bapanya. Namun apakah dengan mendapatkan ijazah tersebut seorang anak itu akan memberikan kebahagian kepada kedua ibu bapanya? Persoalan ini perlu difikirkan kerana kini ramai anak-anak yang berjaya didalam kerjaya mereka tetapi lupa terhadap pengorbanan kedua ibubapa mereka. Apakkah pembelajaran yang mereka perolehi di universiti telah dapat menjadikan mereka manusia yang benar-benar beriman dan takut kepada Allah swt?

Mari kita renungkan pembelajaran di universiti masa kini, pelajar dan universiti terlalu mementingkan tentang pelajaran sehinggakan asas agama tidak di utamakan lagi, jika ada mata pelajaran agama pun pelajar akan mengambil mudah setakat untuk lulus sahaja. Bila kita memperkatakan tentang pembelajaran disekolah, disekolah juga tidak memberikan pelajaran agama yang sempurna. Oleh sebab itu dimanakah kita mempersiapkan pengetahuan agama didalam diri anak-anak kita untuk mereka berjaya di akhirat nanti.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan sebuah kolej di pantai timur di Kelantan iaitu KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM. Kolej ini pada asasnya sebuah kolej kerjasama dengan UTM dan menganjurkan berbagai kursus diploma UTM Saya tertarik untuk berkongsi tentang kolej ini kerana dua orang anak saya telah saya hantar untuk belajar disini. Sepanjang enam semesta di kolej ini setiap semesta ada mata pelajaran agama, ada penekanan untuk mendalami agama dan paling ketara adalah pelajar-pelajar dari Sabah yang datang ke kolej ini pada mulanya tidak tahu solat tetapi selepas enam bulan berada dikolej ini telah berubah menjadi pelajar yang mengerjakan solat dan telah berani menjadi Imam disurau-surau dan juga berjaya menghidupkan surau-surau apabila mereka pulang ke kampung halaman mereka di Sabah. Hampir satu pertiga pelajar kolej datang dari Sabah dan tentunya kepercayaan ibu bapa daripada Sabah menghantar anak-anak mereka ke kolej ini bersebab dan saya rasa perubahan anak-anak mereka menjadi topik perbualan dan kegembiraan kehidupan sehinggakan sanggup menghantar anak untuk belajar dikolej ini.

Tentu ada sebab-sebab yang menjadikan perubahan ini berlaku dikalangan pelajar-pelajar tersebut. kalau dilihat disegi kejayaan pelajar-pelajarnya pula, keputusan peperiksaan yang menunjukkan ramai yang mendapat GPA 3.5 keatas dan bilangan yang gagal juga begitu sedikit sekali. Ini suatu kebanggan yang perlu di berikan penghargaan kepada pihak kolej dan juga pensyarah yang memberikan kesungguhan mendidik pelajar-pelajar. Untuk makluman pelajar yang menamatkan kursus diploma boleh mendapatkan ijazah mereka di universiti di UK dalam tempoh satu tahun dan ini merupakan suatu yang boleh dibanggakan oleh kolej tersebut. Bersama ini dilampirkan syarat-syarat kemasukkan ke kolej tersebut dan diharapkan pihak tuan-puan dapat menyemak dan memberikan keutamaan untuk memilih kolej ini sebagai kolej pilihan anak-anak tuan puan. Bagi saya bukan kejayaan pelajaran yang perlu diutamakan tetapi kejayaan untuk kehidupan akhirat perlu diutamakan agar kehidupan kita mendapat keberkatan dari Allah swt. Allah hu alam.

*lampiran xbley upload cos download manager wat hal..huhu

Saturday, June 19, 2010

Mengutamakan orang lain itu lebih baik, seperti hidup untuk memberi lebih baik daripada menerima =)


Salamualaik...
pagi tadi masak nasi goreng je..so,nothing special to be shared with all of u!
arini nak pi anta k.shu,k.zu and k.afrah gi posting. seronok sgt2 dapat menerima tetamu ni..mereka datang menceriakan hidup2 kami walaupun hanya seketika..

tengah hari ni teringin plak nak mkan spagetti goreng macam pak cik nuar buat..yummy..
so buatlah..tapi ade satu yg di letakkan daun saderi lagi satu daun ketumbar(my favourite)..hheehe..Daun sup tu yg di buat untuk akak2 yg tak makan daun ketumbar..diorg kata busuk..huhu

Spagetti Goreng (my own version)

Ingredients:
-spagetti di celur
-1/2 cup mayonis
-5ulas garlic
-serbuk lada hitam
-garam dan bahan perasa
-lauk mengikut kesukaan(i used udang)

Step by step:

-tumis bawang putih yg diketuk dengan sedikit planta+minyak
-masuk semua bahan kecuali spageti
-gaul sebati n masukkan spageti
-letak daun kesukaan
-sedia untuk di hidang..

~selamat mencuba~

Lps masak seronok tgk diorg makan..kalau letak daun ketumbar sume mesti diorg tak makn..tak rugi kita bertoleransi..natijahnya Allah akan bagi..Doakan aku moga kekal dengan kehidupan untuk sentiasa menerima kawan-kawan,saudara-mara,mad'u2 yg boleh aku tumpang pahala mereka..nak harapkan buat amal lain susah la..moga ape yg di lakukan sedikit di nilai di sisi Allah..Ameen~

~Doakan aku lebih baik dari semalam~
Jazakallahu khairan kathira buat sume yang mendorongku ke arah kebaikan dan yg memberi dugaan kepadaku yg membina aku menjadi lebih baik..
Doaku sentiasa buat kalian..
~BYE~
ilaliqa'...uhibbukum fillah awi2!

Meraikan tetamu!



salamualaik!
see all of you once again..hehe..
Ya Allah sedey sgt tadi..terkilan pun ade..sorry k.fiza.. i have never know about that!
Begini cerita bermula..balik pi jln2 ngn k.shu(tQ k.shu bawak pi taman jaya), kepenatan tapi xtido lagi wat keje sket solat zohor dan meneruskan misi rehat, tido kejap..zzz

Bangun je dari tidur ingat lps solat asar baru nak masak sbb arini xde orang..so,nk masak makanan pagi tadi ade lagi..lagipun kami bertiga je..
namun..
alangkah terkejutnya aku bila mana melihat k.fiza bersiap-siap nak balik..bermakna xsempat makan nasi..ku sangkakan k.fiza balik esok..kalo tak travel xper la makan kuih and bihun je..
tapi kalo travel mesti nak nasi..kesian k.fiza mesti lapar nati..terkocoh-kacah aku membekalkannya ape2 yg ku fikirkan patut..tapi tetap terkilan..Ya Allah ampunkanlah hambamu yg mengabaikan tetamunya..terkilan sgt2..

then..i started to prepare for our dinner..the menu for tonight are:


Tom Yam seafood

Ingredients:

-udang dan sotong
-bawang merah and putih
-cili padi dan cili giling
-sedikit belacan
-air limau
-gula melaka
-serai
-daun limau purut
-carrot
-bunga kubis
-tomato puree atau concase
-sedikit halia dan lengkuas
-garam dan bahan perisa secukup rasa

Step by step:

-tumis semua bahan kecuali sayur,udang dan sotong.
-tumis sehingga naik minyak..
-masukkan air biar hingga mendidih
-masukkan lauk biarkan mendidih
-masukkan sayur
-sesuaikan rasa
-sedia untuk di hidang.

Sawi/Kailan goreng ikan masin

Ingredients:

-sawi/kailan
-ikan masin- digoreng seketika
-bawang di hiris
-sos tiram
-garam gula and air

Step by step:

-tumis bawang sampai layu(api kuat)
-masukkan sos tiram dan gaul lagi.tambahkan sedikit air jika terlalu kering
-masukkan ikan masin,garam and gula
-masukkan sayur
-sedia untuk di mamam..huhu

Walaubagaimanapun..
terkilan tetap terasa..penting sangat jaga tetamu kerana mereka datang membawa berkat untuk kita..moga villa mawaddah menjadi bait yg penuh rahmah dan barokah i'Allah..

Salam sayang buat semua sahibah-sahibahku..uhibbukunna fillah <3<3<3
Doakan aku wahai sahabat!

Friday, June 18, 2010

Good combination!


Salam..sobahulkhair~
Alhamdulillah...
hari ni Allah bagi peluang lagi uth hirup udara yg segar ni..Kalo pagi2 ni pegi taman jaya pun best jugak..tgk permandangan indah..subahanallah..=)

Pagi ni pegi amik k.cah kat Putra dia baru balik dari Terengganu..sampai je kat rumah dah masuk subuh dah..terus solat..sementara tunggu cerah tgk2 kat dapur bihun and lauk yg ade udang dan sotong and balance keropok lekor yg balik dari Terengganu last week..

Then...

jadilah bihun goreng seafood and keropok lekor goreng!

Good combination!(bagi orang terengganu laa..hehe)
tapi kira good combination la ikan di makan dgn seafood talah jadi macam semalam..huhu

Walaupun keropok lekor tu just goreng je..tapi saya ade resipinya utk di sharekan di sini..

Bihun goreng seafood

Ingredients:

1 paket bihun
100gm udang
100gm sotong
1/2 cawan cili gilin/cili boh
tomato sauce
bawang putih and merah
1/2 keping besar gula manisan/gula melaka
garam,gula dan bahan perasa secukup rasa(bahan perasa bley guna chicken stock sbb saya x suke guna bahan perisa like ajinomoto and so on..)
sayur ikut kesukaan

Step by step:

-Tumis bawang kisar sampai naik bau and garing..and masukkan cili giling and kacau lagi..
-masukkan sauce and kacau sampai sebati dan pecah minyak..
-masukkan gula melaka,dan kacau lagi...
-masukkan lauk and biarkan seketika..
-masukkan bihun yang dah direndam terlebih dahulu.
-sesuaikan rasa dan pastikan bihun lembut sebelum di matikan apinya..
-sedia utk di hidang

Keropok Lekor

Ingredients:

1 mangkuk isi ikan
1 mangkuk tepung sagu
garam dan bahan perisa

Step by step:
-gaulkan isi ikan hancur dengan tepung sagu dan bahan perisa
-pastikan digaul rata seperti doh
-bentukkan mengikut saiz kesukaan
-boleh di rebus atau di goreng

Nota:mak cik saya punya petua..utk keropok goreng,masukkan 1 genggam bawang kisar utk menaikkan bau dan rasa yg lebih enak.

Sauce keropok lekor

Ingredients:

cuka/air asam jawa
satu keping manisan
1/2 cawan ciliboh/giling
gula dan garam secukup rasa

Step by step:

-satukan semua bahan dan biarkan hingga pekat
-sesuaikan rasa
-ready to be eaten!

Selamat makan pagi!
jumpa lagi!
~ByE~
ilaliqa'.............doakan saya semoga hari ini lebih baik dari semalam..amenn~

Rest and relex!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Menu makan malam ini!





Alhamdulillah..arini xde clas..so bleyla tolong masak2 kat rumah..masak yg simple2 je..lagipun semangat nak menghidupkan kembali blog ni tgh berkobar-kobar..huhu..chayok2..Gambate..hehe

hari ni masak sambal seafood and mix vegetables soups..

SambaL SeaFood

Ingredients:

200gm sotong
200gm udang
bawang meraha and bawang putih(potong)
2 sudu tomato sauce/puree tomato
2 sudu sauce cili
2 sudu budu
1sudu teh chicken stock
3sudu cili giling
garam n gula secukup rasa

Step by step :

* tumis bawang and cili giling hingga naik bau
* masukkan semua bhn kecuali udang dan sotong.
* tambahkan sedikit air dan masukkan udang dan sotong.
* sesuaikan rasa.
~selamat mencuba~


Mix vegetables Soup

Ingredients:

onion and garlic
Sayur mengikut citarasa( i used carrot,sawi,tomato and kubis)
Chopped chicken
chicken stock
salt
water and potato


Step by step:

* Boil water and potatoes.
* add chicken, salt and chicken stock..
* add vegetables.taste

~try it!~

Dalam menyediakan makan malam ni..saya terlepas pandang tersalah match lauk..makanan laut x boleh di makan serentak dengan makanan darat.contoh ayan and seafood atau ikan dan susu..kalau x silap ada hadith pasal ni..nati ade masa saya poskan hadithnya~kalo nak try jgn masakan ni dua2 serentak..ni accidently je..huhu

See u soon!

Thursday, June 17, 2010

"Bersujudlah"


Bismillahirrahmanirrahim..

Selawat dan salam ke atas junjungan baginda S.A.W. dan syukur yang tak terhingga atas nikmat kuniaan Allah dalam setiap detik kehidupan kita..sambil2 on9 teringat kat buku yang menyentuh hatiku yg di baca minggu lepas.."Taujih ruhiyyah pesan-pesan spiritual penjernih hati"...memang betul2 menjernihkan hatiku yang kelam..hehe...Alhamdulillah banyak input yang diperolehi berguna untuk panduan hidup di dunia sebagai bekalan ke akhirat..
Antara catatan yg menarik dan terkesan pada diriku adalah hal-hal yg membuatkan kita semangat utk berdoa~
1-bila kita terigtkan dosa2 lalu dan brharap dosa2 itu akan diampunkan
2-terigtkan dosa2 skrg dan risau akn menjejaskan amal kita yg telah di kerjakan.
3-takut amal tak dterima Allah
4-trigtkan amal2org soleh yg hebat dan mengharapkan di satukan dgn mereka
5-ingin meminta sesuatu dr Allah dan yakin allah akn memenuhinya
6-takut su'ul khatimah
7-berharap terus di kekalkan di jalan Allah..

yang paling saya takuti ialah mati dalam su'ul khatimah..nauzubilah..terigt kat arwah Jannah..Alhamdulillah Allah memanggilnya masih di atas jalan Allah dan moga Allah tempatkan beliau di kalangan orang2 soleh,beriman dan bertaqwa..

sedih dan takut..adakah kita yg hidup ini telah disediakan Allah tempat di kalangan orang yg beriman dan beramal soleh..Ya Allah aku lemah..kekalkanlah aku di jalanMu..Allahumma inna nasaluka ridho kawal jannah wa nauzubikamin saqotikawannar..

dari satu hadis riwayat Muslim:
"seseorang sangat dekat dengan tuhannya kala ia sujud.Maka,perbanyakkanlah berdoa saat itu"-rowahu muslim

Namun adakah kita merasa sedar kedekatan kita dgn Allah ketika mana kita bersujud...
Ya Allah andai aku alpa ketuklah hatiku..
andai aku tertidur bangunkanlah aku..
andai aku lupa ingatkanlah aku..

Moga segala yang aku lakukan hanya keranaMu..tiada sebab lain melainkan itu..
moga kau kuatkan aku untuk terus bersujud kepadamu..
ameen~

cupcakes choclate (my version)



Choc cupcakes
Semalam lepas buat nasi lemak kukus,k.inarah ajak buat cupcakes@mufin..tapi guna ready mix ingredients je..before this,selalunya buat sendiri..mungkin resipi ni bley di manfaatkan oleh kawan2 sekalian..

Ingredients/Bahan2:

bahan A

1 cawan koko powder(nk sedap guna american koko@vochele)
1 cawan gula pasir
1 cawan air

Bahan B

250gm butter
250gm gula
250gm tepung kek/gandum
6biji telur
1 sudu teh baking powder

step by stepnyer:

*masak bahan A hingga pekat dan sejukkan.
*putar butter dgn gula sampai kembang, masukkan telur satu persatu sambil dikacau lagi..last sekali masukkan tepung and baking powder dan bahan A sambil di gaul hingga sebati..bakar atau kukusmengikut kesukaan anda~

nota:nak lagi sedap celup coklat cair atau sauce choclate..and tambah choclate chips dalam adunan kek..

SELAMAT MENCUBA~

Setelah hampir setahun menyepi..

Salamualaik..

setelah sekian lama menyepi..arini aku nekad untuk memulakan untuk mengimarahkan kembali blog yg aku buat ni sebagai menyahut seruan adik dan kawan2ku..kini,aku tiada apa2 alas lagi untuk tidak mengisi blog ni kerana aku tidak memiliki ape2 kekangan lagi untuk tidak menulis..ape2 pun ku harap blog ni boleh menjadi tempat perkongsian bahan2 pengisian jiwa dan bahan2 pengisisan perut..Insya Allah..