BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 20, 2010

Email dari Pak Cik Ibrahim buat perkongsian bersama=)

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kejayaan anak-anak sering dihubungkan dengan universiti mana yang dapat dimasuki oleh seseorang anak. Sekiranya mengambil bidang seperti doktor, aketik dan jurutera lagi berbangga kedua ibu bapanya. Namun apakah dengan mendapatkan ijazah tersebut seorang anak itu akan memberikan kebahagian kepada kedua ibu bapanya? Persoalan ini perlu difikirkan kerana kini ramai anak-anak yang berjaya didalam kerjaya mereka tetapi lupa terhadap pengorbanan kedua ibubapa mereka. Apakkah pembelajaran yang mereka perolehi di universiti telah dapat menjadikan mereka manusia yang benar-benar beriman dan takut kepada Allah swt?

Mari kita renungkan pembelajaran di universiti masa kini, pelajar dan universiti terlalu mementingkan tentang pelajaran sehinggakan asas agama tidak di utamakan lagi, jika ada mata pelajaran agama pun pelajar akan mengambil mudah setakat untuk lulus sahaja. Bila kita memperkatakan tentang pembelajaran disekolah, disekolah juga tidak memberikan pelajaran agama yang sempurna. Oleh sebab itu dimanakah kita mempersiapkan pengetahuan agama didalam diri anak-anak kita untuk mereka berjaya di akhirat nanti.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan sebuah kolej di pantai timur di Kelantan iaitu KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM. Kolej ini pada asasnya sebuah kolej kerjasama dengan UTM dan menganjurkan berbagai kursus diploma UTM Saya tertarik untuk berkongsi tentang kolej ini kerana dua orang anak saya telah saya hantar untuk belajar disini. Sepanjang enam semesta di kolej ini setiap semesta ada mata pelajaran agama, ada penekanan untuk mendalami agama dan paling ketara adalah pelajar-pelajar dari Sabah yang datang ke kolej ini pada mulanya tidak tahu solat tetapi selepas enam bulan berada dikolej ini telah berubah menjadi pelajar yang mengerjakan solat dan telah berani menjadi Imam disurau-surau dan juga berjaya menghidupkan surau-surau apabila mereka pulang ke kampung halaman mereka di Sabah. Hampir satu pertiga pelajar kolej datang dari Sabah dan tentunya kepercayaan ibu bapa daripada Sabah menghantar anak-anak mereka ke kolej ini bersebab dan saya rasa perubahan anak-anak mereka menjadi topik perbualan dan kegembiraan kehidupan sehinggakan sanggup menghantar anak untuk belajar dikolej ini.

Tentu ada sebab-sebab yang menjadikan perubahan ini berlaku dikalangan pelajar-pelajar tersebut. kalau dilihat disegi kejayaan pelajar-pelajarnya pula, keputusan peperiksaan yang menunjukkan ramai yang mendapat GPA 3.5 keatas dan bilangan yang gagal juga begitu sedikit sekali. Ini suatu kebanggan yang perlu di berikan penghargaan kepada pihak kolej dan juga pensyarah yang memberikan kesungguhan mendidik pelajar-pelajar. Untuk makluman pelajar yang menamatkan kursus diploma boleh mendapatkan ijazah mereka di universiti di UK dalam tempoh satu tahun dan ini merupakan suatu yang boleh dibanggakan oleh kolej tersebut. Bersama ini dilampirkan syarat-syarat kemasukkan ke kolej tersebut dan diharapkan pihak tuan-puan dapat menyemak dan memberikan keutamaan untuk memilih kolej ini sebagai kolej pilihan anak-anak tuan puan. Bagi saya bukan kejayaan pelajaran yang perlu diutamakan tetapi kejayaan untuk kehidupan akhirat perlu diutamakan agar kehidupan kita mendapat keberkatan dari Allah swt. Allah hu alam.

*lampiran xbley upload cos download manager wat hal..huhu

0 comments: